MIMPI TENTANG DIA!!!
Sekali lagi aku mimpi tentang dia...tapi siapakah dia lelaki yang kerap muncul dalam mimpi aku...
pada mulanya aku anggap mimpi hanya mainan tidur sahaja tapi semenjak dua menjak ini kerap benar aku mimpi tentang dia...SIAPAKAH DIA?? kadang-kadang ada soalan yang tiada jawapan...
itulah yang berlaku kat aku sekarang.....
sudah lame aku tak mimpi tentang dia dan semalam lagi sekali mimpi itu bertamu dalam lenaku...nak cakap aku gila cinta mmg tak ar....nama pun tak pernah bercinta sampai sekarang...Adakah dia heroku??
ahaks ke situ plop dah..adui...adui...tak mungkin kot sebab aku pun bukanlah seorang yang percaya pada cinta sebelum kawen ni di mana semuanya merepek,merapu,meraban...pendapat aku la an...
mungkin insan di luar sana kata aku kuat berangan tapi itulah yang terjadi kat aku sekarang...dalam mimpiku semalam, dia datang dengan pakai baju melayu putih dan berkopiah putih....manis sangat....dan sempat lagi dia menghadiahi senyuman berharganya tu...aku pun tak kisah sangat siapa dia...sebab mimpi kan mainan tidur cuma aku tertarik pada mimpi ini sebab kerap sangat ianya menjamu lenaku...
Kalau betullah dia insan aminku yang dimakbulkan doaku oleh Allah untuk suatu hari nanti aku terima seadanya..bukan aku nak menafikan bab cinta ni tapi entah la cinta sebelum kawen ni bagi aku hanya mengundang maksiat jek...dosa yang ada pun tak terbilang dek akal dan fikiran...tipu la kalau aku kata aku tak pernah ada perasaan halus tu an..ada tu tetap ada...tapi aku sentiasa berdoa moga ALLAH usirkan perasaan sebegitu dari jantung hatiku kerana aku takut perasaan aku itu akan merosakkan imanku yang sedia nipis ini....
ada teman di luar sana mengangap aku sombong dan boleh cakap besar sebab aku tak pernah lagi rasa jatuh cinta...YESS teruskan la dengan anggapanmu itu...siapa aku nak berhentikan lidahmu dari terus bertutur...
jika ada teman di luar sana yang kecewa dengan sikapku yang menolak cintanya aku mintak ampun sangat-sangat...di hati ini masih ada rasa sayang untuk kalian tapi aku tak berani untuk meneruskan perhubungan yang tidak bertajuk dan bernoktah itu...cukuplah kita sekadar berteman...tapi aku tersangat sedih kerana penolakkanku itu membuatmu terus pergi jauh dari hidupku...apa pun dunia akhirat kau sudah tertulis sebagai sahabatku...
Dalam diam aku mencintaimu...teringat pula baris kata lagu Romantis tu..yesss dalam diam aku mencintaimu..tapi aku akan diam sehingga kau benar-benar tersurat untukku...prinsip aku dalam bab cinta ni satu je aitu bencinta selepas kawen...Alhamdulillah prinsip tu masih teguh dalam genggamanku..aku bukan berjauh dengan cinta sebelum nikah ni cuma aku takut aku terus tersasar jauh dalam keseronokan sehingga boleh membuat aku lupa siapa aku!!! dan yang paling aku mahu lindungi adalah auratku...
Aurat itu adalah mahkota bagi seorang perempuan yang diletak tahap tinggi yang sukar untuk digapai oleh mana-mana insan yang tidak halal oleh seorang perempuan itu..ibu pernah cakap yang dia sayang kat anak-anak dia masa kecik sampai la sekarang nyamuk seekor pun ibu tak bagi sentuh anak-anak dia..kalau masa kacil kan mesti kita dibalut dengan kain yang tebal,kemas dan lepas tu ditutup pula dengan kelambu indah supaya tiada seekor serangga pun yang bisa menyentuh kulit mulus itu dan menggangu lena itu..
Lalu aku terfikir di benakku....kalau masa kecil kita dijaga rapi sehingga seekor nyamuk tidak boleh menyentuh kita walhal darah kita adalah makanan dia..tapi kenapa bila meningkat dewasa dengan mudah kita menayangkan kulit mulus itu yang patut ditutup kerana YANG TERTUTUP ITU INDAH...
yang paling aku takut dalam percintaaan adalah BERSENTUHAN...kerana itulah permulaan segala maksiat..
kalaulah aku bercinta semestinya aku akan keluar dengan si dia kononya untuk berjumpa..bila berdua pasti bersentuhan antara kau dan aku...bukan aku berlagak Alim cuma aku hanya menjaga auratku selagi aku manpu..
tapi apa yang aku pertahankan sekarang adalah auratku, mahkotaku yang hanya layak untuk insan bergelar suami...Mungkin wajahku tidak secantik Siti Nurhaliza tapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang daripada aku membina dosa yang membukit dengan kecantikan yang sementara...inilah aku insan yang SAY NO TO CINTAN CINTUN TAPI SAY YES UNTUK BERCINTA DENGAN SUAMI...Ahaks terlebih sudah..
kepada kawan-kawan yang menyokong aku untuk terima cinta dari si dia..aku minta maaf kerana aku x dapat tunaikan permintaan korang itu dan kepada si dia untuk bercinta saat ini dengan awak mungkin saya katakan tidak tapi saya tidak menolak jika awaklah jodoh saya...so nasihat saya untuk adik-adik tercinta tak payah la ghairah mencari cinta dari manusia sedangkan cinta kita pada ALLAH dan Rasul masih belum tersemat kukuh kerana si dia yang kita cinta itu juga adalah mahkluk ciptaan ALLAH..bersyukurlah pada YANG MAHA ESA dan berdoalah moga kita semua dipertemukan dengan si dia dalam hubungan yang halal..
Sekian sudah luahan hati yang aku garapkan dalam warkah berlagu ini dan moga si dia membaca segala tinta tanpa pena ikhlas dari aku...Aku tak lupa doakan moga kau dipertemukan dengan jodoh wanita-wanita Solehah yang bisa menenangkanmu kala kau gundah gulana..Aku tak pernah membencimu apatah lagi membuang kau dari hidupku cuma aku hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan aku bukanlah PECINTA untuk masa sekarang...sedangkan cinta aku pada ALLAH dan RASUL masih jauh ketinggalan..aku tidak mahu menjadi manusia yang alpa dan leka dangan nikmat yang ALLAH kurniakan...
Dan si dia dalam mipiku itu.... kalau betullah kau wujud moga ALLAH temukan kau kepadaku dalam status yang halal bagiku...AMIN..

.jpg)


.jpg)
