Isnin, 1 Oktober 2012

MILIK SIAPAKAH CINTA INI??

CINTA PERTAMA


 Assalamualaikum rakan taulan....

 ku hulurkan salam pembuka bicara....cewah (ayat pidato)!!!
berbicara pasal MILIK SIAPAKAH CINTA INI....
adakah inya milik BUAYAPREN OR GELIPREN??

1) bagi aku CINTA PERTAMA ADALAH HAK MILIK ALLAH DAN KEKASIHNYE NABI MUHAMMAD S.A.W


  • menuturkan cinta dengan kata-kata mmg mudah tp untuk menzahirkannye ramai yg tidak berjaye...
manpukah kita membalas cinte kpd baginda sepertimana cintanye pada kita selaku umatnye dimana kelak akan dijanjikan syurga oleh allah  kepada umat baginda yang beriman kepada allah dan baginda...
layakkah aku???ini adalah cinta sejati yang bawa ke mati....cinta rasul pada ilahi sangup berkorban apa sahaja demi mnegakkan agama islam....cubalah kita fikirkan sejenak.....

setandingkah cinta sepertimana cinta SITI KHADIJAH pada baginda yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi memperjuangkan agama allah....

setandingkah cinta kita sepertimana cinta BILAL BIN RABAH pada BAGINDA sepertimana bilal tidak dapat meneruskan laungan azan menyebut nama nabi oleh sebab terlalu sarat rindu bilal pada baginda sehingga bilal mengalirkan air mata tanda cinta dan kasih kepada kekasih allah NABI MUHAMMAD..

Assalamualaika Ya Rasulluallah
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari isnin 12 Rabiuawal tahun gajah,
seluruh alam bersinar cahaya
lahirnye bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah...

Assalamualaika Ya Rasulluallah
air mata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu sang rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmu sang awan mengikutnya
Indah akhlakmu sang matahari redup cahayanya
Indah langkahmu sang langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu memancar sinar cinta
Berseri mulutmu dengan kalimah tuhan
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan

Assalamualaika Ya Rasulluallah
mengalir air mata jernih tanpa tertahan
lantaran cinta dan rindu tidak terperi
merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiada ku pandang

Assalamualaika Ya Rasulluallah
Apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliki
jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
Jika engkau tiada dapat dipandang
Apakah makna nafasku jika engkau memalingkan wajahmu

Ya Allah hidupkan cinta dalam jiwa ini
pada Rasulluallah Rahmatulilalalamin
semoga dengan cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya
mendengar kalimah "ENGKAULAH UMAT KU"
biarlah sedetik memadai
namun selamanya ku impikan

Assalamualaika Ya Rasulluallah
Assalamualaika Ya Habiballah

  • x dapat digambarkan indahnye cinta bilal pada baginda..
  • semoga allah letakkan rasa cinta yang mengunung di hatiku untuk mecintai baginda sepertimana bilal merindui dan mencintai baginda S.A.W
  • YA ALLAH semoga akhlak nabi menjadi ikutanku....
  • YA ALLAH SEMOGA ENGKAU TUMBUHKAN RASA CINTA YANG MEKAR LAGI HARUM DI HATI-HATI KAMI UNTUK  PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W

AMIN....................











Tiada ulasan:

Catat Ulasan