Aku yang kau sakiti.......
Aku yang kau sakiti....terus disakiti..terkadang aku sendiri bingung untuk mentafsirkan apa salahku..apa silapku selalu jadi mangsa keadaan....selalu jadi mangsa untuk disakiti...
tak habis dari aku menjadi mangsa....aku manusia biasa juga sepertimu teman.....punya perasaan dan sekeping hati yang sedia nipis...mudah tersentuh dan tersentap...
yesssssss sebab kau aku gelarkan sebagai kawan aku cuba selindung derita itu dengan sebaris senyuman yang aku ukirkan di bibir sedia manis ini..supaya kau tidak tersentuh dan tersentap denganku jika aku pamerkan riak muka yang kurang menyenangkan untuk tatapan umum...
yesssssss silakan sakiti hati aku lagi kerna siapalah aku untuk hentikan hak mu yang satu itu..
silakan teman..silakan kawan..silakan saudara-saudariku sekalian ..sakitilah hatiku yang sedia nipis ini...jika inilah yang kau mahu yang terbaik untukku...Aku bukan sang ular yang boleh mengeluarkan bisanya tatkala kau manyakitinya...Aku bukan sang harimau yang boleh menerkam mangsanya jika kau gangu ketenteramannya..aku hanya manusia biasa yang punya perasaan yang satu yang sedia nipis seperti kamu semua...
![]() |
dalam terluka aku akan tersenyum dan cuba ukirkan senyuman yang manis semanis coklat sehabis boleh akan ku cuba....kenapa?? sebab yang pertama Aku tak mahu orang yang telah menyakitiku tahu bahawa dia telah berjaya menyakiti hatiku.........yang kedua sebab aku senyum manis punye.... adalah kerana itu adalah ubat mujarab untuk aku ubat sendiri hati yang dah bengkak ini tanpa pergi medical..itu dia!!! ahaks....kalau hati yang sensitip ini terasa aku akan pendam jek sambil sengih 24 jam..gelak2...cuba buat lawak yang boleh untuk menghiburkan dan menyejukkan lava dalam hati ini dari meletus.... sebab aku tak nak kesedihan atau kelukaan ini membuat aku terjatuh dari diri yang sememangnya lemah ini...
kalaulah air mata ni mahu mengalir deras sekalipun seperti air sungai pun biar Allah je PECINTAKU yang lihat kerana sesungguhnya dia MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGETAHUI..
yang aku tahu saat ini adalah aku akan jaga hati sahabatku supaya dia tidak terasa atau tersakiti denganku (ayat baru) sebab aku tahu rasanya bila hati disakiti..pedih dan nyilu...itulah lumrah kehidupan....cuma tika ini aku kerap disakiti tanpa sempat aku mencari di mana khilafku...
seandainye mungkin sahabatku itu dalam keadaan stress tapi wajarkah menghamburkan segala kemarahan ke atasku insan yang tidak tahu apa-apa ini...aku tiada watak dalam drama yang kau terbitkan teman...janganlah libatkan aku!!! mohon jangan sekali..aku juga manusia normal sepertimu mahu hidup bahagia walau sesekali badai datang mengganas....
wajah yang dalam kedukaan mencari jawapan dari setiap ujian yang datang melanda sambil memandang pantai dan ombak ditemani dengan nyayian sang burung yang beriak merdu seakan tenang dengan keindahan yang MAHA ESA ciptakan..sangat sempurna..
Ralit aku seketika melayan ciptaan ALLAH yang maha indah ni..terlupa seketika akan beban yang ditanggung....
Di sepertiga malam aku bangkit dari lenaku bermunajat pada yang maha Esa mencari kekuatan moga aku dikuatkan untuk menghadapi ujian yang mendatang dengan tabah dan sabar...di sujudku aku meluahkan segala apa yang terbuku dan terpendam.....di sujudku aku merebahkan diri dihadapan yang maha Esa..Tundukku beerti aku sangat lemah dan tundukku beerti aku sujud padamu YA ALLAH tuhan pencipta sekalian alam..Dalam doaku aku mengalirkan mutiara jernih yang lama ku tahan dari sakit yang ku tanggung....Aku mengadu kepadanya dalam doaku....aku mengalirkan titisan air jernih di sujudku mengaku akan kesilapan diri yang tidak tertanggung.....Di sujudku aku bermunajat moga YANG MAHA ESA permudahkan urusanku di dunia dan di Akhirat...Di situlah tempatnya aku mencari ketenangan hati dan kedamaian dari rasa gundah gulana yang terbit di hati yang sedia nipis ini...Mungkin aku banyak silapnya dan tak layak menjadi sahabatmu..mungkin????
mungkin aku layak disakiti??? tapi yang pasti untuk tika ini dan seterusnya aku redho jika aku terus disakiti..kerna ku anggap ini adalah ujian dari YANG MAHA ESA...
AKU YAKIN ADA HIKMAH DI SEBALIK KETENTUANNYA...
KERANA ALLAH ITU SEBAIK2 PENGADIL....
Jadi teman2ku sekalian jika pena tanpa tinta ini kau terbaca.....walau banyak kali aku disakiti dengan kata-kata dan perbuatanmu...aku tidak pernah sekali serik untuk gelarkan kau sebagai sahabatku malah mungkin ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji tahap kesabaranku....
Aku sentiasa bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat sepertimu......tapi aku akan cuba bertahan dari sakit yang terbina secara tidak sengaja di hati ini dan entah kapan aku boleh bertahan hanya ALLAH yang maha mengetahui..
moga ALLAH merahmati persahabatan kita di dunia dan akhirat..
Akhir warkah aku sudahi dengan kata JAGA DIRI..JAGA IMAN..MANISKAN IMAN SEINDAH SENYUMAN..
IKHLAS DARI INSAN YANG KAU SAKITI!!!
HACKS
"Hanya Allah Cintaku Seorang"
AMIN.........
YA ALLAH...
Sesungguhnya aku memohon kepadamu cintamu..
dan cinta orang-orang yang mencintaimu......
dan aku memohon kepadamu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintamu...
YA ALLAH
Jadikanlah cintamu lebih kucintai daripada diriku,keluargaku serta air dingin....
AMIN.........





Tiada ulasan:
Catat Ulasan