Ahad, 15 Jun 2014

BAB 2
SUAMI AKU IMAM!!!

Usai solat terawih, tirai yang memisahkan makmun wanita dan juga lelaki dibuka kerana kebiasaannya selepas solat terawih ada tazkirah yang akan disampaikan oleh imam dan mungkin kali ini tazkirah akan disampaikan oleh Imam muda yang mengimamkan solat tadi....

Dengar bacaan imam tadi memimamkan solat hati aku sudah mahu cair, belum lihat orang lagi....ish.ish..hati ni tolong la bawak-bawak sopan sikit..Adui...tapi hati aku cair sebab syahdu dengan alunan bacaan surah yang dibawakan imam tadi....Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha berkuasa mengurniakan nikmat suara yang merdu kepada imam muda tersebut..sungguh sayu bacaanya.. hati yang rundum kembali ceria seperti warna pelangi gitu...uih terlebih sudah aku ni....Bisik Adelia hana di dalam hati kecilnya sambil tahan sengih mengingatkan dirinya yang angau nak berkahwin dengan  pak Ustaz gitu!!! huhu...

Angan je lebih tapi tak ada seorang pun pak Ustaz yang kenyit mata kat aku..ye la berangan tak salah tapi  bab kata mak, angan-angan tu jangan tinggi sangat, takut  nanti bila tak tercapai angan tu merana satu badan....siapa pun jodoh aku, itu semua kehendak Allah s.w.t...aku terima dengan redho..gitu!!! huhu...



*     badanya sedikit tegap dan wajah keseluruhannya  persis ala-ala pelakon Amar Baharin yang sekarang ni sedang hangat berlakon dalam drama kerana terpaksa aku relakan... hemsem uw..semput mak!!! haha bibirnya kemerahan tanda  hero aku ni bukanlah pehisap rokok...hero aku????Terlebih sudah!!!  haha

Argh sudah!!! tak tidurla aku malam ni..Asyik duk terbayang wajah dia je ni....Ceramah  dia tadi pun masih terngiang-ngiang di telinga..Seakan dia ada je sebelah ni duk berbisik kat telinga!!! Adui robek jiwa den lagu ni!!!! Wahai imam muda aku benar Sasau gara-garamu!!! guane???cepatla pinang akan daku di sini!!! Bisik Adelia Hana di dalam hatinya sambil tersengih  hingga menampakkan kedua lesung pipitnya yang kian teserlah apabila dia tersenyum...

Aish Minah ni awatnye duk tersengih-sengih  macam  kambing dapat bunga ni apa kes??..ke dah kena sampuk... Duk sengih-sengih malam -malam ni aish mahu meremang bulu roma!!! Aish lemah jantung ni...
Woi yang akak sengih malam-malam ni apa hal ar??? Tegur Arissa Hana sambil menepuk kuat bahu kakaknya ...
Aku anak raja kau anak pungut!!!....Aish kau ni Arissa Hana nasib la kau ni bergelar adik akak tau kalau tak da lama akak luku kepala kau ni..nak je akak tembak kau ni dengan senapang gajah!!!! terkejut akak tau nak tercabut hati ni ha...
Amboi banyak la akak punya latah cakap akak anak raja adik ni  anak pungut....banyak cantik hidung kau kak!!!Nak tercabut hati konon..yang den ni nak tercabut jantung tau tengok akak sengih malam-malam macam ni..Akak sewel ke apa??? Tanya Arissa sambil meletakkan  telapak tangan di dahi kakaknya ...
Aish kau ni yang sewel...Balas Adelia sambil menepis tangan adiknya itu!!!
Ni mesti akak berangan lagi kan..sah la sekarang ni akak sedang angau sama itu imam muda..
Wahai kakakku yang tercinta....Rissa tahu la dalam masjid tadi pun akak asyik aje intai-intai imam muda tu..Eleh sekarang pun Rissa tengok akak bukan main semangat lagi nak pergi masjid konon nak tingkat ibadat konon...piii daa!!!

Wahai adikku yang tersangat ku cintai....imam muda tu hanyalah pembakar semangat la..kalau tak ada pun akak pergi je la masjid....berdosa tau kalau nak beribadat kerana sesuatu!!!
Akak ikhlas tau....imam muda tu akak saja-saja la dik.. ala Rissa, kau tahu kan selama ni akak manalah pernah bercinta..buayapren pun tak ada!!!! dah la pi la tidur dik esok akak ada tugas khas untukmu...hehe

Wahai Imam muda sememangnya aku telah terpikat dengan kelunakan suaramu mengalunkan kalam Allah..moga aku tidak terjerumus dalam cinta nafsu..
Oh Imam muda!!!,' Bisik Adelia hana di dalam hati dan mata pun terus terlelap dalam lena...

Keesokkan harinya lena Adelia Hana dikejutkan dengan alunan azan  yang cukup syahdu mengejutkan umat manusia untuk menunaikan kewajipan pada yang maha Esa....Adelia menggosok peluput matanya yang masih dalam sisa mengantuk...Namun Alunan Azan tadi terus berkumndang membuatkan Adelia tersengih kerana dia pasti suara alunan azan itu tadi adalah milik hero pujaannya "Imam Muda ". Adelia masih dalam mood tersenyum sambil terus menuju ke kamar mandi.

Cik Arissa Hana oi..mak beta pesan selepas solat subuh jangan tido oi nanti jadi gila..wad sakit gila dah penuh, kau jangan nak menyemak lagi...lepas solat turun dapur..meh rajinkan tulang belulang kau tu tolong akak kemaskan rumah ni..jangan sambung tidur pulak!!!,' Jerit Adelia Hana di sebalik pintu bilik Adiknya..

Sebenarnya inilah perbezaan dua kembar ini..Arissa Hana adalah seorang "kaki tidur"
dan  tersangatlah pemalas bab-bab buat kerja rumah ni tapi kalau bab shoping,melancong serahlah pada dia..dialah hantu segala jembalang kalau bab shoping termasuk sekali shoping barang dapur walaupun hanya kat kedai pak cik mail hujung simpang jalan sana tu. Namun begitu,Arissa Hana adalah seorang yang sensitif dan seorang yang sangat penyayang akan tetapi dia adalah seorang yang cepat gelabah dengan perangai gila-gilanya tu, berbanding kakaknya  seorang yang tegas dan sedikit panas baran. Silap sikit mahu terbakar jantung!!! huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan