BAB
3
SUAMI
AKU IMAM!!!
Lia,
nanti bila dah siap kamu kemaskan dapur, jangan lupa kejutkan puteri Dayang
Bunting tu ha adik kamu tu bukannya kamu tak tahu hari minggu macam ni kalau
tak dipulas telinganya tu, mahuya nak bangun....
Baiklah
mak..Balas Adelia sambil mengeyit mata pada ibunya sebagai isyarat semuanya
ditanggung beres..
Aih
maknye udah-udahla bebelnya itu...Ayam nak bertelur pagi-pagi ni pun tergangu
tau dengar awak bebel ni tau..',perli Pak Mail sambil tersenyum sehingga
menampakkan barisan giginya yang rongak dimamah usia...Walaupun giginya tak
cukup mungkin kerana dimamah usia tapi
kata mak, ayah tetap Hemsem dan Raja di hati mak..Cewah mak romantik
tahap dewa gitu!!!
Dah
la Adelia, abah pergi dulu ke bendang...tunggu mak kamu selesai berleter capang
telinga abah ni kan!!! hehe..', kata Abah sambil mengeyit mata kepada mak.
Ketika
anak-anak mereka masih kecil,Pakcik mail dan mak besah adalah pengusaha sawah
padi..itulah punca rezeki mereka untuk menyara anak-anak kesayangan mereka. Awalnya,
Mereka mengusahakan tanaman padi seluas satu hektar tetapi kini dengan bantuan
tiga orang pekerjanya, mereka telah pun mempunyai bendang seluas dua hektar. Dahulu
kehidupan mereka sangat susah...Pak cik Mail dan Mak besah selalu bermain
dengan tanah dan lumpur untuk mencari sesuap nasi... kedua puteri kesayangan
mereka juga turut membantu mereka jika ada masa terluang. Kini Mak Besah tidak
lagi turun ke bendang kerana semua tugasnya diambil alih oleh pekerjanya untuk
menguruskan bendang tersebut bersama Suaminya Pak cik Mail. Kata pak cik
Mail,anak-anak tidak boleh dimanjakan sangat kerana takut rosak masa
hadapannya. Menurut Pak Mail, dia mendidik anak-anaknya supaya bersusah
dahulu
sebelum mencapai kesenangan. Menurut Pak Mail lagi, tanah dan selut nampak
sangat kotor tapi di dalam selut dan lumpur itu ada haiwan yang menumpang
hidup. Walaupun luarannya buruk dan kotor tapi ia tetap berguna untuk hidupan
di muka bumi tuhan yang Esa ini. Itulah yang selalu dikatakan oleh Pak Mail
kepada anak-anaknya supaya anak-anaknya menjadi anak yang berguna untuk
kehidupan di dunia dan Akhirat sana.
Kini,
kedua Anak kembarnya Adelia Hana dan Arissa Hana telah pun menyambung pelajaran
di peringkat STPM...
* Lambat la kau ni dik bawak motosikal macam
bawak basikal, sakit pinggang akak tau nak sampai ke sawah padi ni aje...tahap lambat kau
ni kalah tahap lambat siput babi tau!!! ish ada aku luku jugak budak ni kang!!!,'
Bebel Adelia pada adiknya Arissa.
Wahai
anak raja Parsi yang bernama cik Adelia Hana dah sampai dah ni.. sila turun!!!
bebel aje boleh harap. Adik bawak lambat-lambat sebab nak menghayati keindahan
alam ciptaan tuhan ini di waktu petang la kak!!! dapat pahala tau kak.. Tapi
dengar akak bebel hilang niat nak menghayati keindahan alam ni..ish akak ni
potong rambut betul la...,'Balas Arissa yang terkenal dengan bahasa bombastik
yang boleh mengalahkan bom atom tu.
Selesai
meletakkan motosikal di bawah sepohon pokok yang rendang di bendang tersebut,
mereka berdua terus berjalan menuju ke tempat di mana tempat tersebut dikenali
sebagai " " "Lubuk Permaisuri" kerana lubuk itu diterokai
oleh dua permaisuri yang gila-gila otaknya. ... Di tangan mereka sudah tersedia
dua biji bakul dan sebiji baldi.
Bemulalah
rutin mereka iatu menangkap ikan keli dan juga haruan. Adelia sudah berada di
tengah bendang bertemankan sebiji bakul untuk dibuat menangkap ikan yang sedang
lena beradu di dalam lumpur tersebut. Separuh tangan dan kakinya sudah tidak
kelihatan ditelan lumpur yang sangat pekat lagi likat itu..Manakala Arissa pula
sudah tersedia di birai bendang dengan baldinya untuk mengutip hasil tangkapan
kakaknya itu....
Wowowo Arissa nah kutip ikan-ikan ni..Jerit Adelia
pada Arissa...
Wah
hebat kau kak, banyak kita dapat hari ni...Apalagi kak, masak Lomak Cili padi
la kak !!! menu berbuka puasa kita petang ni.Teruja Arissa melihat kakaknya
yang sangat tangkas menumpaskan ikan-ikan yang sedang leka di sebalik lumpur
itu. Bulat matanya melihat kini ikan keli dan haruan hampir memenuhi baldi yang
dibawanya tadi.
Mana
tak hebatnya anak abah kan!!..Tengok tu da tak gaye orang dah, Abah ingatkan belut gergasi tadi..mahu saja Abah tangkap buat sup siam...haha Jawab Abah yang
tiba-tiba muncul dari belakang Arissa yang leka mengutip ikan untuk dimasukkan
di dalam baldi. Abah hanya tersenyum
sambil menggeleng kepala melihat keletah dua anak kembarnya itu.
Dah
la tu Lia, Rissa..Jom kita balik dah nak masuk pukul ennam ni..nanti kempunan
pula orang tu nak makan ikan keli masak Cili padi...Tak gitu Arissa.. Usik Abah
pada anaknya yang lagi seorang iatu Arissa Hana sambil tangganya
menggosok-gosok kepala anaknya itu. Arissa apa lagi mula la tersenyum seperti
kerang yang busuk yang teramatla busuknya..hehe
Sedang
mereka tiga beranak menuju ke tempat
terletaknya motosikal Skutter berwarna pink milik kedua anaknya itu,Sebenarnya
dalam diam ada sepasang mata yang leka memerhati gelagat mereka sewaktu Adelia
dan Arissa mula datang ke bendang tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan