Ahad, 15 Jun 2014

BAB 8
SUAMI AKU IMAM!!!


Eh...Eh.. panjang umur dia...Tu ha Singa kau dah sampai!!!!haha,' Bisik Adelia di telinga Ika sambil ketawa kecil....
Eh Lia wait.. tu bukan baba kita la...cuba kau tengok betul-betul...

Saat itu tidak tergambar tahap terkejut Adelia melihat gerangan yang masuk ke kelasnya pada pagi itu..mulutnya terlopong...badannya menjadi kaku...tanggannya menjadi sejuk...andai tanggannya ditoreh dengan belati tajam saat ini, pasti tiada setitik darah pun akan keluar...,' betapa terkejutnya dia melihat gerangan pemuda yang disangka profnya itu.

Betulkah itu dia!!!,' Bisik Adelia di dalam hati kecilnya....

Selamat pagi semua!!! saya Dr. Adam Khalif Bin Hj. Shamsudin, saya akan menggantikan Prof.Razak dan mengambil alih kelas  minor ini bagi subjek pengiraan II bermula semester ini.....okew Done..let's start our study and I hope you guys enjoyed ,' Ujar Dr.Adam dengan nada yang sangat bersemangat...

Adelia Hana!!! tiba-tiba nama Adelia dipanggil oleh Dr.Adam..

Bagai bunyi guruh yang menyambar..Mak ai terkejut ya amat Adelia apabila namanya dipanggil oleh lecturer barunya yang digelar sebagai Dr.Adam itu.

ye ssss....aayy..aaa ...,'jawab Adelia tersekat-sekat....

kamu sudah siap step pengiraan untuk soalan nombor  3??? ,' tanya Dr.Adam pada Adelia.

Dddd..aaaa..hhh...,' Jawab Adelia dengan tergagap-gagap yang masih dalam riak terkejut tahap cipan itu...

Baik sekarang saya nak kamu  sila tulis dekat papan putih sana  contoh jalan pengiraan dan jenis Formula yang kamu gunakan untuk menjawab soalan nombor tiga ini...

Sungguh Adelia sangat terkejut bila namanya dipanggil oleh Dr.Adam siap dengan nama penuhnya lagi itu..terdetik juga di hati Adelia manalah si dia ni tahu nama penuhnya...Adelia menahan getar yang sangat hebat di dalam dadanya sambil kakinya perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke meja hadapan tempat di mana Dr.Adam Khalif berada.....




Baik Dr.Adam Khalif....Adelia menjawab dengan nada yang sangat lemah. Kelam kabut dia membuka buku notanya  sambil tanggannya laju menulis segala step pengiraannya pada whiteboard dengan sangat yakin kerana malam semalam dia sudah mengkaji sebaik mugkin segala bentuk pengiraan untuk menjawab soalan itu yang agak susah...

Setelah selesai...dengan langkah yang agak laju, Adelia melangkah untuk kembali ke tempat duduknya...selagi dia di situ bersama Dr.Adam Khalif hatinya akan lagi kuat berdentum mengalahkan bunyi guruh di langit... jadi sebagai kesudahannya dia harus cepat-cepat menyiapkan tugasannya yang ditulis di whiteboard itu. Tetapi langkahnya terhenti apabila namanya sekali lagi dipanggil oleh lelaki kacak itu. Adelia dengan lambat-lambat menoleh pada Dr.Adam Khalif  sambil kepalanya ditundukkan sedikit kerana saat ini memang dia tidak berdaya untuk bertentang mata dengan Dr.Adam Khalif itu.

disebabkan kamu berjaya menjawab soalan nombor tiga yang agak susah ini maka saya ada bonus  untuk awak....Nah ambik ni!!! Ujar Dr.Adam Khalif sambil tangganya menghulurkan dua biji gula-gula Hacks kepada Adelia.

Dengan tangan yang sedikit menggeletar, Adelia cepat-cepat mengambil gula-gula tersebut pada tangan Dr. Adam...Saat ini dia hanya mahu cepat-cepat beredar dari situ. Dengupan jantungnya semakin rancak bernada lagu k-pop saat ini.

Untungla kau Lia dapat gula-gula dari Dr.Adam....,' Ujar sara salah seorang pelajar dalam kelas Adelia dengan nada yang sedikit berseloroh yang membuatkan satu kelas tergelak...

Ish kau ni Sara ada je aku cepuk mulut kau ni nanti..kalau ye pun nak bergurau nanti-nanti je la...kau jeles la tu kan..sekurangnya aku dapat gula-gula dari Dr.Adam merangkap "Imam Muda" aku ni..kau apa dapat!!!,'  Bebel Adelia namun bebelan itu hanya di dalam hati kecilnya sambil bibirnya tersenyum manis saat terpandangkan dua biji gula-gula Hacks yang kini berada di tangannya.

Hai indahnya dunia saat ini aku rasakan....Sayang pula nak makan gula-gula ni, bukan senang nak dapat gula-gula ni walaupun dekat kedai depan Fakulti aku ni Bersepah..Yang Dr.Adam bagi ni ada value sentimental sikit....tambah Adelia di dalam hatinya sambil mengulum senyuman yang cukup manis menyerlahkan lagi kedua belah lesung pipit mahalnya miliknya itu..









BAB 9
SUAMI AKU IMAM

 Betulkah Dr.Adam itu "Imam Muda" yang aku gila-gilakan dari dahulu sampai sekarang!!! Ujar Adelia di dalam hati kecilnya itu...

Sebenarnya Adelia sangat terkejut ketika melihat Dr.Adam sebentar tadi kerana wajah dan suaranya sangat mirip sama itu hero pujaannya iatu "Imam Muda"...Dan saat ini otak Adelia berpusing-pusing memikirkan seribu persoalan yang bersarang di hatinya saat itu.

 Oit Lia kau ni tak habis-habis mengelamun kan!!! tegur Ika sambil tangganya mencuit bahu Adelia yang sedang terbaring di atas katil empuknya bertemankan bantal comelnya itu.

Ish kau ni Ika selalu suka terkejutkan aku la!!! kalau aku ada sakit jantung dah lama tau aku ni jadi Arwah!!!,' Bebel Adelia pada Ika...

Lia kau perasan tak tadi bila Dr.Adam masuk ke kelas kita secara tiba-tiba...aku perasan kan semua mata budak perempuan kelas kita terbeliak tau tengok dia termasuk aku ni jugak....mahu juling mata aku ni Lia oi....Kacaknya dia Lia oi.....mahunya aku jadi angau Lia.....agak-agak kau kan Dr.Adam tu kan dah khawin belum eik???,' Ujar Ika dengan riak muka yang sunguh-sunguh ingin tahu status sebenar Dr.Adam..

manalah aku tahu Ika.....ye la kalau dia dah khawin pun apa masalahnya...,' ujar Adelia walaupun di dalam hatinya sekarang ada getar  hebat yang tersembunyi..

Ala kalau dia dah khawin melepaslah aku Lia oi.....Owh Dr.Adam!!!! Adu Ika dengan muka yang sedikit monyok menandakan kekecewaan yang sedang bermukin di hati kalaulah benar Dr.Adam itu sudah berkhawin.

Kau ni Ika gatai benor!!!! habis si Ery hero pujaan kau tu nak dicampak ke mana? ke lombong kumbahan ke?

Ala kau ni serius bebenor..Aku saja-saja je la....Ada ke hero aku nak dicampakknya ke situ...memang tak la Lia oi...Ery tu akan tetap jadi hero aku la..tapi kalaulah jodoh aku dengan Dr.Adam ..tu dikira sebagai rezeki la beb!!!,' Ujar Ika sambil mulutnya tersengih menanyangkan giginya yang tersusun cantik itu....

Tapi kalau betul la Dr.Adam itu "Imam Muda" yang telah mencuri separuh daripada hatiku ini dan dia telah pun berkhawin, maka aku juga turut bersedih Ika oi......mahu semputnya aku..tapi hati kecilku ini beria mengatakan bahawa Dr.Adam itulah Imam Muda pujaan aku....tapi kalau betullah Dr.Adam itu sudah berkhawin apa boleh buat..mungkin dia bukan jodohku..Aku akur dengan kehendak tuhan.....,' Bisik Adelia tapi kata-kata itu hanya bernada di dalam hati kecilnya sahaja...



* Lia malam ni Lia free tak ? kalau kau free jom kita ke masjid nak? katanya malam ni ada ceramah khas sempena Sambutan Maulidur Rasul dan penceramah nya kalau tak salah pernah digelar sebagai Imam Muda...Soal  Nawra  kepada Adelia..

Nawra juga merupakan teman rapat Adelia cuma mereka tidak selalu berkepit sepertimana Adelia dan Ika oleh kerana Nawra merupakan senior kepada Adelia dan Nawra juga berlainan bidang pengajian iatu dalam bidang Perakaunan. Adelia suka berkawan dengan Nawra kerana Nawra adalah seorang yang sangat baik dan ilmu agamanya juga agak tinggi dan bagi Adelia dia sangat terhutang budi pada Nawra kerana secara tidak langsung Nawra telah banyak mengajarnya tentang ilmu agama dan dengan bantuan Nawra, Adelia telah merubah cara penampilannnya secara sedikit demi sedikit. Kini penampilannya  hanya sepasang jubah dan juga dihiasi tudung yang agak labuh menutupi apa yang perlu ditutup kerana menurut  Nawra "yang tertutup itu sangat indah".

Lia free je malam ni kak Nawra.... kita pergi sama-sama la kak Nawra. Nanti Lia ajak Ika sekali..rasanya Ika fre  aje malam ni...Nanti pukul tujuh Lia tunggu akak depan pintu kampus  ok...Jawab Lia yang membahasakan Nawra dengan panggilan "kak Nawra" kerana Nawra tua setahun daripada Adelia.

Sebenarnya ada getar sedikit di hati Adelia bilamana Nawra mengatakan bahawa penceramah pada malam ini pernah digelar sebagai Imam Muda...Mungkinkah dia!!! Bisik Adelia di dalam hatinya tetapi  bagi Adelia niat utamanya datang ke masjid pada  malam itu bukanlah hanya  ingin tahu siapa gerangan yang digelar sebagai Imam Muda itu sahaja tetapi niat utamanya adalah untuk menambahkan lagi ilmu yang sudah sedia ada kerana baginya imu itu perlu dicari bukan hanya duduk menunggu dan sesungguhnya Allah s.w.t  sangat menyayangi orang-orang yang cintakan ilmu...

Suara azan yang dialunkan kini mengamit perhatian Adelia.....Seakan suara yang mengalunkan azan tersebut pernah didengari sebelum ini oleh Adelia. Perasaan ingin tahu akan pemilik suara alunan azan tersebut  semakin melonjak-lonjak di hati Adelia.

Selesai solat Isyak berjemaah,tibalah pula sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh penceramah yang digelarkan sebagai Imam Muda itu.

Terkejut tahap cipan Adelia bilamana mendengar nama sebenar  milik penceramah  tersebut ditambah lagi apabila pengerusi majlis memberitahu kepada hadirin bahawa penceramah tersebut digelarkan sebagai Imam muda kerana pernah berkhidmat sebagai Imam untuk solat terawih pada bulan Ramadahan.....

Memang tepat benarlah tekaan Adelia selama ini....Dr. Adam Khalif  Bin  Hj.Shamsudin  dan Imam muda hero pujaannya adalah orang yang sama...Ditambah lagi apabila Adelia terpandangkan jejaka itu dengan berjubah labuh berwarna putih dan kepalanya dilitupi dengan lilitan kain serban menguatkan lagi tekaannya itu. Ketika itu mahu sahaja Adelia menunjukkan perangai gila-gilanya, mahu saja dia menjerit,meraung, melompat bintang  kerana terlalu gembira kerana dipertemukan kembali sama hero pujaannya... Tidak sangka sama sekali Adelia bahawa Imam Muda yang diminatinya itu bukan calang-calang orang malah hero pujaannya kini juga merangkap sebagai prof barunya. Ini bermakna hampir setiap hari la Adelia boleh berjumpa sama itu "Imam Muda"....,' Sengih Adelia sudah sampai ke telinga....

Terima kasih Allah...,' Bisik Adelia di dalam hati kecilnya itu sambil mengulum sebuah senyuman.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan